X

Kindly register in order to view this article
!

Jangan ada lantikan politik dalam kerajaan: Cuepacs

Adnan Mat
A
A

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan supaya kerajaan tidak melakukan lantikan politik bagi mengetuai agensi-agensi dalam perkhidmatan awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata, lantikan pihak luar atau politik untuk mengetuai perkhidmatan teras seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjejaskan operasi apabila berlaku pertukaran kerajaan.

"Hal ini boleh menjejaskan perkhidmatan kerajaan dan menimbulkan persepsi yang kurang baik kepada perkhidmatan kerajaan yang sedia ada. Penjawat awam hendaklah sentiasa terus kekal berkecuali," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan itu, Adnan turut menyeru supaya penjawat awam mantapkan profesionalisme, tingkatkan produktiviti dan kukuhkan integriti dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.

"Di saat kerajaan masih belum mewujudkan Kabinet, penjawat awam hendaklah meneruskan perkhidmatan masing-masing seperti biasa dan sentiasa bersabar serta bertenang tanpa terpengaruh sedikit pun dengan situasi politik di luar sana," katanya.

Katanya, apabila profesionalisme dimantapkan, produktiviti ditingkatkan dan integriti terus diperkukuhkan sudah semestinya akan lahir anggota perkhidmatan awam yang cemerlang dan berwibawa seterusnya dapat merealisasikan penyampaian perkhidmatan yang mensejahterakan rakyat serta memakmurkan negara.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!