Budak 7 tahun maut jatuh dari tingkat 29 kondominium kediaman pengasuh

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong dalam kejadian pada Selasa. Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong dalam kejadian pada Selasa. Gambar hiasan
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Puchong dalam kejadian pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar berkata, maklumat sebelum itu diterima pihaknya pada jam 12.30 tengah hari menerusi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya.

"Maklumat diterima berkaitan satu kejadian melibatkan mangsa warga tempatan telah jatuh dari kondominium tingkat 29 yang terletak di Puchong, Subang Jaya.

"Anggota polis kemudian digerakkan ke lokasi kejadian untuk pengesahan maklumat dan bantuan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa dalam keadaan terlentang di atas lantai tingkat lima bangunan berkenaan.

"Siasatan mendapati kejadian berlaku di rumah pengasuh mangsa.

"Ketika kejadian ibu mangsa menjaga seorang lagi anaknya yang sedang dikuarantinkan manakala bapa mangsa bekerja.

"Siasatan turut mendapati mangsa dipercayai memanjat tingkap yang tidak bergerigi sebelum terjatuh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, siasatan mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian.

"Pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian mengesahkan kematian mangsa.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Mohd Fairus berkata, setakat ini pihaknya telah merakam keterangan individu yang merupakan pengasuh mangsa untuk membantu siasatan.

"Kertas siasatan akan dilengkap dengan segera sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!