Kedah tidak boleh tewas lagi!

Lang Merah dituntut bangkit pada aksi seterusnya bertemu UiTM FC. FOTO: AHMAD ZAKI OSMAN
Lang Merah dituntut bangkit pada aksi seterusnya bertemu UiTM FC. FOTO: AHMAD ZAKI OSMAN
A
A
A

KEDAH tidak lagi boleh keciciran mata pada aksi seterusnya CIMB Liga Super 2020 selepas masih gagal meraih sebarang mata hasil dua perlawanan sebelum ini, kata Ketua Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak.

Tewas tipis 4-3 kepada Perak di Stadium Darul Aman semalam dan kalah 1-0 pada aksi pembukaan dalam perebutan Piala Sultan Haji Ahmad Shah kepada JDT minggu lepas menyaksikan Lang Merah terus berada di kelompok bawahan.

Aidil Sharin berkata, pasukannya beraksi baik pada kedua-dua perlawanan tersebut namun masih gagal meraih sebarang mata pada aksi Liga Super pada musim ini.

"Kami perlu menang pada aksi seterusnya (menentang UiTM FC pada 11 Mac). Pada perlawanan ini kami memperolehi banyak peluang untuk menjaringkan gol dan jika berjaya memanfaatkannya sudah tentu keputusan pada malam ini berlainan.

"Apapun tahniah kepada Terengganu kerana hadir dengan lebih baik pada musim ini. Kami tidak boleh berputus asa walaupun sedar masih gagal meraih sebarang mata lagi selepas dua perlawanan," katanya pada sidang akhbar selepas aksi Kedah bertemu Terengganu di Stadium Darul Aman semalam.

Aidil Sharin berkata, pasukannya hilang fokus selepas mendahului 3-1 dan perlu mengambil pengajaran dari perlawanan ini.

"Saya selalu pesan kepada pemain-pemain agar terus fokus bermain sehingga 90 minit.

"Apapun saya mengambil tanggungjawab atas perlawanan ini dab menggesa pasukan kembali lebih baik pada perlawanan seterusnya," katanya.

Artikel Berkaitan: