436 lagi ahli PKR Terengganu hantar borang keluar parti

Sebahagian daripada 200 ahli PKR yang hadir di Dataran Ilmu, Padang Bas, Jerteh, Besut semalam bagi mengisytiharkan keluar parti.
Sebahagian daripada 200 ahli PKR yang hadir di Dataran Ilmu, Padang Bas, Jerteh, Besut semalam bagi mengisytiharkan keluar parti.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 436 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu menghantar borang pengisytiharan keluar parti.

Keputusan keluar parti melibatkan Cabang Setiu dan Besut itu dilakukan di Dataran Ilmu, Padang Bas, Jerteh, Besut antara jam 1 hingga 3 petang semalam.

Wakil Cabang Besut, Nuhanuddin Awang berkata, ahli daripada cabang itu menghantar borang keluar parti atas kerelaan sendiri tanpa sebarang paksaan.

"Setakat ini sejumlah 305 ahli PKR telah menghantar borang menyatakan keluar parti dan jumlah itu dijangka bertambah.

"Keputusan itu dibuat atas sebab sudah tidak mempercayai Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta hala tuju dalaman parti PKR," katanya.

Sementara itu, wakil Cabang Setiu, Zairin Daud berkata, sejumlah 131 ahli cabang itu telah menghantar borang keluar parti.

"Kita jangka jumlah mereka yang menghantar borang untuk keluar parti semakin bertambah selepas ini.

"Ia dilakukan atas sebab sama, iaitu sudah tidak mempercayai kepimpinan Presiden parti dan hala tuju yang dibawa PKR," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, kira-kira 600 ahli PKR Cabang Kuala Terengganu dan Kuala Nerus mengumumkan keluar parti di Am Transit Inn Hotel, Kuala Nerus.