Mat Sabu dakwa Muhyiddin mahu tubuh kerajaan berteraskan Melayu

Mohamad bersama pemimpin Pakatan Harapan pada Ceramah Jelajah Pakatan Harapan Kota Raja di Taman Sri Andalas di sini malam tadi.
Mohamad bersama pemimpin Pakatan Harapan pada Ceramah Jelajah Pakatan Harapan Kota Raja di Taman Sri Andalas di sini malam tadi.
A
A
A

KLANG - Bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai dalang yang memainkan isu perkauman untuk membentuk kerajaan berteraskan Melayu.

Mohamad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula berperanan sebagai penggerak dalam usaha tersebut.

"Yang mainkan isu perkauman yang nak jadikan kerajaan Melayu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dia nafikan esok, kalau dia berani. Dia yang mainkan peranan kerajaan berteraskan Melayu di Malaysia yang berbagai kaum, agama, suku," katanya pada Ceramah Jelajah Pakatan Harapan Kota Raja di Taman Sri Andalas di sini malam tadi.

Mohamad berkata, sebarang permasalahan boleh dibincangkan, namun tidak sepatutnya beralih kepada pihak yang memainkan isu perkauman, rasuah dan mencuri.

Beliau turut meluahkan rasa hairan apabila segelintir rakyat termasuk golongan berpendidikan terpengaruh dengan pihak berkenaan.

"BN (Barisan Nasional) baru hilang kuasa 2018. Tanda-tanda kamu nak menang telah ada, pilihan raya kecil kamu menang. Kenapa tak boleh tunggu?

"Kami boleh tunggu 60 tahun, kenapa kamu tak boleh tunggu lima tahun?

Artikel Berkaitan:

"Kalau takut kalah, tak payah guna sistem demokrasi. Rakyat kecewa, sekarang yang menang jadi pembangkang, yang kalah jadi pemerintah," katanya.