Ahli politik wanita pertama meninggal dunia akibat Covid-19 di Iran

Fatemah Rahbar. Foto: Agensi
Fatemah Rahbar. Foto: Agensi
A
A
A

TEHERAN - Seorang ahli politik konservatif yang baru dilantik sebagai salah seorang daripada 30 wakil Teheran ke Parlimen Iran meninggal dunia akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Fatemah Rahbar dari Parti Gabungan Islam (ICP) dijadual memulakan tugas sebagai wakil wilayah Shemiranat dan Eslamshahr pada Mei depan.

Beliau ialah ahli politik wanita pertama yang meninggal dunia akibat Covid-19 di Iran.

Lapor media tempatan, Fatemah berada dalam keadaan koma sejak semalam dan meninggal dunia awal hari ini.

Setakat ini, sebanyak 124 kematian dan 4,747 kes jangkitan akibat Covid-19 di republik berkenaan. - Agensi

Artikel Berkaitan: