Tiga sekawan ditahan buat aksi 'wheelie'

Tiga lelaki yang melakukan aksi wheelie ditahan dalam Op Samseng Jalanan di ibu negara, awal pagi tadi.
Tiga lelaki yang melakukan aksi wheelie ditahan dalam Op Samseng Jalanan di ibu negara, awal pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR -Tiga sekawan ditahan polis kerana melakukan aksi 'wheelie' di sekitar ibu negara, dalam Op Samseng Jalanan, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, operasi diketuai oleh Asisten Superintendan Ahmad Fuad Mahmod bermula jam 1 pagi itu dijalankan hasil maklumat dan risikan.

"Tiga lelaki berusia 17 hingga 21 tahun ditahan kerana melakukan aksi wheelie dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

"Siasatan mendapati mereka ini masing-masing adalah pekerja promoter, restoran makanan segera dan kargo," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Katanya lagi, tiga individu tersebut ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara bahaya.

Dalam operasi berasingan, seorang kelindan lori berusia 26 tahun diberkas di Jalan Ipoh, di sini, dalam satu sekatan jalan raya, selepas disyaki menggunakan motosikal dengan nombor pendaftaran palsu.

"Lelaki yang menggunakan motosikal jenis Honda EX5 itu disiasat mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.

Artikel Berkaitan: