Pas rakam ucapan tahniah kepada Idrus Harun

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Pas merakamkan ucapan tahniah kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun yang dilantik sebagai Peguam Negara baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa pada Jumaat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas yakin pelantikan Idrus tepat berdasarkan pengetahuan perundangan yang tinggi serta pengalaman beliau dalam bidang berkaitan dan kehakiman negara.

"Pas juga yakin Peguam Negara itu akan bertindak sebagai Penasihat Perundangan kepada Kerajaan Persekutuan berdasarkan Perlembagaan, undang-undang serta amalannya untuk kebaikan dan kepentingan negara serta awam," katanya hari ini.

Terdahulu, pelantikan Idrus mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Idrus Harun dilantik Peguam Negara ganti Tommy Thomas

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda turut perkenan permohonan Tan Sri Tommy Thomas memendekkan perkhidmatan beliau pada 28 Februari lalu.

"Ia selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tommy atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: