Jangan pertikai pelantikan Muhyiddin: Mohd Amar

Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah
A
A
A

KOTA BHARU - Keputusan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tidak perlu lagi dipolemikkan mana-mana pihak kerana telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar berkata, jika wujud lagi pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pelantikan tersebut bolehlah membuat usul undi tidak percaya di Parlimen.

"Pelantikan itu dibuat mengikut undang-undang dan prosedur. Jadi sepatutnya semua pihak menghormatinya. Tapi kalau ada pihak yang tidak berpuas hati, dari segi politiknya, mereka boleh bawa usul tidak percaya di Parlimen. Itu prosesnya.

"Tapi jangan pula kita pertikaikan apa yang telah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong. Sebab kita ada saluran lain yang mana boleh mengemukakan ketidakpuasan hati iaitu Parlimen. Jadi, selesai disitulah," katanya kepada media di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui pada Majlis Ijtimak Pondok Malaysia di Pasir Tumboh di sini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Mohd Amar turut menegaskan tiada sebarang perbincangan dilakukan mengenai perkongsian kuasa dengan UMNO melibatkan negeri-negeri yang dikuasai Pas.

"Secara rasminya kita belum bincang. Kita belum bincang apa-apa lagi, kita nak selesaikan sekarang ini ialah pembentukan Kabinet dahulu. Mengenai negeri ini peringkat lain," katanya.

Artikel Berkaitan: