KKM nafi Putrajaya diancam Covid-19

KKM menafikan dakwaan kononnya Putrajaya diancam wabak koronavirus (Covid-19) sebagaimana tular dalam media sosial.
KKM menafikan dakwaan kononnya Putrajaya diancam wabak koronavirus (Covid-19) sebagaimana tular dalam media sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan Putrajaya diancam wabak koronavirus (Covid-19) sebagaimana tular di media sosial hari ini.

Kementerian itu menerusi hantaran di Facebook turut meminta kerjasama semua pihak supaya menghentikan perkongsian yang boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Mohon kerjasama anda semua, hentikan perkongsian yang boleh timbulkan kekeliruan orang ramai.

”Jika tidak pasti, jangan kongsi dengan sesiapa, sebaliknya rujuklah maklumat-maklumat yang sah di kesemua platform rasmi media sosial KKM. Terima kasih,” katanya hari ini.

Sejak semalam rakaman berdurasi 0.44 saat yang berbunyi: “Saya difahamkan Hospital Putrajaya tengah sesak dan ada beberapa kawasan, pejabat dan kakitangan awam dijangkiti dan disyaki dijangkiti.

“Saya bagi tahu kalau tidak ada apa-apa urusan mendesak jangan mendekati Putrajaya. Kalau ada urusan mustahak untuk ke bandar Putrajaya sila pakai penutup hidung dan mulut."

Artikel Berkaitan: