Bersatu perlu nyata pendirian di Selangor: Rizam

Rizam Ismail
Rizam Ismail
A
A
A

SABAK BERNAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor diminta membuat satu keputusan jelas berhubung kedudukan parti itu di negeri ini sama ada menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail berkata, sehingga kini Bersatu Selangor belum menghantar sebarang kenyataan rasmi mengenai kedudukan parti terbabit.

"Setakat apa yang saya tahu kenyataan (empat ADUN Bersatu) yang menyokong PH di Selangor hanya dimainkan pihak media.

"Saya minta Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari membuat satu keputusan mengenai kedudukan Bersatu ketika ini," katanya pada sidang akhbar pada Program Jimat Air di Balai Komuniti Kampung Tebuk Mufrad di sini hari ini.

Rizam berkata, beliau beranggapan bahawa semua semua ADUN Bersatu termasuk dua bebas yang menyertai Perikanan Nasional mampu menguatkan lagi suara pembangkang pada sidang DUN akan datang.

"Saya juga melihat dengan adanya bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan ADUN Gombak Setia, Hilman Idham mereka tentunya mempunyai pengalaman cukup luas kerana mereka dapat melihat kekurangan dan kelompangan yang berlaku di dalam negeri ini.

"Kita berharap dengan kehadiran beliau ini dapat membantu pembangkang untuk kembali memberi satu polisi yang lebih baik kepada rakyat di negeri ini sekali gus merampas kembali kerajaan Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan: