Letupan gas di Paris ragut nyawa dua bomba

Beberapa apartmen berhampiran turut musnah akibat letupan itu.
Beberapa apartmen berhampiran turut musnah akibat letupan itu.
A
A
A

PARIS - PERANCIS. Satu letupan gas yang kuat di sebuah bangunan di tengah Paris, semalam telah meragut nyawa tiga individu termasuk dua anggota bomba selain menyebabkan apartmen berhampiran musnah teruk.

Sumber polis memaklumkan letupan di tingkat bawah bangunan itu berlaku di sebuah kedai roti di Rue de Trevise di daerah Grands Boulevards. dan impaknya turut menyebabkan beberapa kenderaan terbalik dan tingkap bangunan sekitar pecah.

Kira-kira 200 anggota bomba dikerah untuk mengawal kebakaran dicetuskan letupan itu dan memindahkan penduduk.

Pejabat pendakwa raya Paris dalam satu kenyataan memberitahu, seramai 47 individu juga cedera dalam kejadian itu.

Difahamkan, kira-kira 100 anggota polis dikerah untuk mengawal beberapa lalu lintas di kawasan itu yang menempatkan restoran dan tarikan pelancong termasuk Muzium Lilin Musee Grevin dan Rue des Martyrs. - Agensi

Artikel Berkaitan: