X

Kindly register in order to view this article
!

Puyu monster Bandar Diraja Klang

Mohd Suffian dan Mohd Firdaus dengan tangkapan puyu. -Foto: MOHD SUFFIAN @YANZ
A
A

JIKA anda memperoleh banyak ikan yang bersaiz besar, ketahuilah dua perkara ini bahawa lokasi memancing itu lubuknya jarang-jarang atau tidak diketahui pemancing lain dan juga terdapat sumber makanan yang banyak menyebabkan ikan di kawasan berkenaan membesar dan menjadi monster.

Perkara itu diceritakan rakan penulis, Mohd Suffian Mahmud, 43, yang menemui lubuk puyu yang bersaiz monster ketika dia sedang casting haruan dalam kawasan estet kelapa sawit yang telah ditebang di Bandar Diraja Klang, Selangor.

“Minggu berikutnya saya bawa joran teleskopik dan memang terbukti cakupan yang terlihat masa casting haruan adalah cakupan ikan puyu.

“Bukan setakat puyu, ikan keli pun ada berkongsi lubuk yang sama,” katanya.

Lubuk puyu yang bakal lenyap tidak lama lagi.  -Foto: MOHD SUFFIAN @YANZ
Lubuk puyu yang bakal lenyap tidak lama lagi. -Foto: MOHD SUFFIAN @YANZ

Mohd Suffian yang mesra di sapa Yanz berkata, disebabkan lama tidak memancing puyu bersaiz monster, dia melupakan seketika kegemarannya casting haruan.

“Untuk memancing di kawasan berkenaan sangat mencabar kerana cuaca cukup panas ketika ini dan tiada pokok besar yang boleh dijadikan tempat berteduh.

“Sebab itu terpaksa bawa payung besar untuk dijadikan tempat berteduh, selain bekalan air minuman yang mencukupi,” katanya yang bekerja sendiri di Shah Alam, Selangor.

Menurutnya, untuk akses ke lubuk puyu berkenaan, dia menggunakan motosikal kerana lebih cepat dan mudah sekiranya mahu berpindah tempat.

Ikan puyu yang bersaiz sebesar tapak tangan. -Foto: MOHD SUFFIAN @YANZ
Ikan puyu yang bersaiz sebesar tapak tangan. -Foto: MOHD SUFFIAN @YANZ

Beliau yang telah tiga kali mengunjungi lokasi berkenaan berkata, estet berkenaan dahulunya kawasan larangan dan disebabkan itulah penghuni lubuk di situ bersaiz monster kerana tiada sebarang gangguan daripada kaki pancing.

“Selepas pokok kelapa sawit ditebang, saya cuba mencari haruan di kawasan berkenaan sehinggalah bertemu lubuk puyu.

“Memang seronok memancingmenggunakan joran teleskopik, tambahan pula bukan senang nak jumpa puyu bersaiz besar sekarang ni,” katanya yang membawa pulang ikan puyu sebagai juadah keluarganya, selain turut memberikan ikan tersebut kepada rakan yang lain.

Mohd Suffian berkata, dalam keseronokannya memancing spesies puyu, sebenarnya lubuk berkenaan akan lenyap buat selama-lamanya kerana dalam tempoh terdekat akan ditimbus dan diratakan untuk dijadikan kawasan perumahan.

Sebahagian tangkapan yang dijadikan juadah keluarga oleh Mohd Suffian.  -Foto: MOHD SUFFIAN @YANZ
Sebahagian tangkapan yang dijadikan juadah keluarga oleh Mohd Suffian. -Foto: MOHD SUFFIAN @YANZ


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!