Kurung pekerja, paksa sokong pasukan bola sepak kebangsaan UAE

Rakaman tersebut menjadi tular di media sosial.
Rakaman tersebut menjadi tular di media sosial.
A
A
A

ABU DHABI - EMIRIAH ARAB BERSATU. Seorang lelaki di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilaporkan mengurung beberapa pekerja migran Asia dalam sebuah sangkar burung dan turut memaksa mereka menyatakan sokongan terhadap pasukan bola sepak kebangsaan yang terkenal dengan jolokan The Whites sempena Edisi ke-17 Piala Asia.

Menerusi rakaman video berdurasi seminit yang menjadi tular awal minggu lalu menunjukkan lelaki warga tempatan itu memaksa kumpulan pekerja itu menyokong pasukan kebangsaan jika mahu dilepaskan dari sangkar tersebut.

Mereka yang pada mulanya menyatakan sokongan terhadap India akhirnya terpaksa akur sebelum dibebaskan.

Rakaman video itu bagaimanapun mencetuskan kemarahan pengguna media sosial yang mengecam perbuatan lelaki itu dan menggesa penahanannya.

Ini kerana ramai pekerja asing yang bekerja dalam industri pembinaan di beberapa negara Teluk Parsi seperti UAE dan Qatar dilaporkan telah dieksploitasi dan tidak mendapat hak asas sepatutnya. - Press TV

Artikel Berkaitan: