Ombak Rindu The Series dapat sambutan hangat di Malaysia, Indonesia

Ombak Rindu The series - FOTO: iflix
Ombak Rindu The series - FOTO: iflix
A
A
A
OMBAK Rindu The Series yang merupakan terbitan terbaru iflix bersama Infinitus Productions, membuktikan pencapaian yang memberangsangkan di kalangan penonton di Malaysia dan Indonesia, serta membuka jalan bagi kerjasama lebih baik antara kreativiti tempatan dan platform penstriman utama di rantau ini.

Siri drama yang diinspirasikan daripada empat bahagian novel kedua dan ketiga dalam trilogi terlaris Fauziah Ashari iaitu Cinta... Tiada Akhirnya dan Rindu Cintaku, itu menampilkan barisan pelakon Izara Aishah, Remy Ishak, Datin Diana Danielle dan Hanna Aqeela.

Sejak tayangannya mulai 5 Disember 2019 di Malaysia dan di Indonesia mulai 26 Disember 2019, siri tersebut berjaya menarik minat di kalangan peminat filem asalnya dan peminat baharu.

Sambutan hangat itu telah menjadikan ia sebagai siri tempatan terbaik iflix (berdasarkan minit penstriman), selain Nur Series 2 dan KL Gangster Underworld, malah mendahului banyak filem Hollywood yang terkenal dan filem pecah panggung Malaysia dalam platform tersebut.

Pendekatan siri premium tempatan ini diinspirasikan untuk setanding dengan penceritaan filem di mana ia berjaya mengangkat kualiti penceritaan TV ke tahap lebih tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Kandungan iflix, Mark Francis, Ombak Rindu The Series mendapat sambutan menggalakkan sekali gus membuka peluang baharu kepada karya tempatan lain.

"Kejayaan Ombak Rindu The Series merupakan siri untuk penonton moden yang mempunyai selera terhadap karya tempatan yang tulen dan diterbitkan dengan pendekatan baru yang mengejutkan.

“Siri ini merupakan siri yang menjadi 10% siri teratas yang ditonton berdasarkan minit penstriman dalam kiraan minit, di platform iflix sepanjang tahun 2019 di Malaysia dan ia satu kejayaan yang luar biasa kerana ia dilancarkan pada penghujung tahun iaitu bulan Disember," kata Mark Francis,

Artikel Berkaitan: