Sumbat 487kg ketum dalam Toyota Wish

Hasanuddin (kanan) bersama barisan pegawai menunjukkan hasil rampasan daun ketum dan pil kuda yang dirampas dari dua lelaki berkenaan.
Hasanuddin (kanan) bersama barisan pegawai menunjukkan hasil rampasan daun ketum dan pil kuda yang dirampas dari dua lelaki berkenaan.
A
A
A

KOTA BHARU - Tindakan dua lelaki menerima upah RM750 dengan menyumbat daun ketum ke dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Wish untuk dibawa dari Sik, Kedah ke Meranti, Pasir Mas dipatahkan polis dalam serbuan di Kampung Pusu 40, Lubok Jong, Pasir Mas, di sini, Jumaat lalu.

Dalam serbuan jam 2.30 petang itu, kedua-dua suspek berusia 28 dan 39 tahun ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia.

Pemeriksaan lanjut di dalam kereta menjumpai 487kg daun ketum memenuhi ruang kenderaan pelbagai guna terbabit.

Turut ditemui sejumlah 4,040 biji pil kuda.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, sebelum itu pihak berkuasa melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan Kampung Pusu 40 dan terserempak dengan Toyota Wish yang dipandu laju dan mencurigakan tersebut.

“Ketika tiba di lampu isyarat Lubok Jong, pihak berkuasa mengarahkan pemandu memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan, namun lelaki terbabit bertindak memecutkan MPV berkenaan. Polis kemudian mengejar suspek dan berlaku pelanggaran sebelum mereka berjaya ditahan.

“Polis mengarahkan suspek keluar dari kenderaan, namun mereka enggan menyebabkan pasukan terpaksa memecahkan cermin pemandu dan penumpang hadapan sebelum mereka berjaya ditahan,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: