DBKL nafi kes Covid-19 di ibu negara

Berita palsu ditularkan di media sosial sejak kelmarin.
Berita palsu ditularkan di media sosial sejak kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan tiada jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) dilaporkan di kawasan ibu negara sebagaimana tular di media sosial kelmarin.

Menurut Unit Media DBKL, seorang kakitangan di Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL yang mengalami demam dan cirit birit disahkan bebas Covid-19.

"Kakitangan itu telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan disahkan bebas jangkitan Covid-19," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, DBKL turut menafikan maklumat tular bahawa dua warga Korea ke Klinik DBKL di Sri Rampai kerana mengalami demam.

"DBKL tidak mempunyai klinik di Sri Rampai seperti ditularkan," katanya.

Kenyataan itu berkata, DBKL mengambil inisiatif pencegahan dengan meningkatkan penjagaan kebersihan melalui penyediaan cecair pembunuh kuman di semua Menara DBKL.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengerusi UDA nafi jadi punca gelombang kedua Covid-19

"Pemeriksaan saringan suhu badan turut dilakukan. Justeru, perkhidmatan DBKL berjalan seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

"DBKL menasihatkan orang awam tidak mengeluarkan sebarang maklumat palsu atau tidak sahih yang boleh menyebabkan kebimbangan kepada orang ramai, " katanya.

Terdahulu, media sosial Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan maklumat palsu penutupan sebuah klinik di Sri Rampai selepas menerima pesakit terdiri dua warga Korea yang didakwa positif Covid-19.