Pentadbiran kerajaan Terengganu berjalan seperti biasa, kata MB

Dr Ahmad Samsuri
Dr Ahmad Samsuri
A
A
A

MARANG – Pentadbiran kerajaan Terengganu setakat ini berjalan seperti biasa tanpa sebarang perubahan, demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut Dr Ahmad Samsuri, beliau akan melihat penyelesaian di peringkat Pusat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan di Terengganu berikutan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional.

Naib Presiden Pas itu berkata, pihaknya juga akan meneliti perkara tersebut dari masa ke semasa sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita tengok penyelesaian di Pusat yang saya rasa tidak lama lagi (akan selesai) dan saya tetap menegaskan apa yang berlaku di negeri ini paling penting ialah tidak mengganggu perjalanan negeri.

“Sekiranya berlaku perubahan dan ianya boleh mengganggu maka kita akan buatlah, jadi yang penting kita tengok supaya sinkronisasi antara kerjasama peringkat negeri dan pusat,” katanya ketika ditemui di Masjid Rusila di sini hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini belum ada perbincangan dibuat bersama Badan Perhubungan UMNO Terengganu.

“Kita ada perjumpaan untuk memperkukuhkan Muafakat Nasional dan oleh kerana kita masuk ke fasa seterusnya bersama Perikatan Nasional, belum ada lagi perbincangan di peringkat negeri.

“Kalau nak naik tingkat dua kita kena lalu tingkat satu, jadi satu satulah..one by one,” katanya.

Artikel Berkaitan: