Kira-kira 300 juta pelajar seluruh dunia tidak dapat ke sekolah

Foto 123RF
Foto 123RF
A
A
A

PARIS - Penularan wabak koronavirus (Covid-19) memaksa hampir 300 juta murid dan pelajar di seluruh dunia tidak dapat ke sekolah selepas 13 negara menutup semua sekolahnya.

Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO), Audrey Azoulay berkata, UNESCO mengesyorkan program pendidikan jarak jauh diperkenalkan dalam usaha untuk tidak mengganggu pembelajaran, lapor agensi berita Xinhua.

UNESCO dalam kenyataan semalam berkata, sembilan lagi negara menutup beberapa buah sekolah dan jika negara ini memutuskan untuk menutup semua sekolah, tambahan sebanyak 180 juta murid dan pelajar tidak dapat ke sekolah.

"Jika situasi ini berterusan ia boleh menggugat hak untuk mendapatkan pendidikan. Kami sedang bekerjasama dengan beberapa negara untuk memastikan kesinambungan pembelajaran untuk semua, terutamanya murid dan pelajar yang kurang bernasib baik," katanya.

UNESCO bersedia untuk memberi bantuan dan sokongan kepada negara yang terjejas termasuk penyediaan program pendidikan jarak jauh.

Sehubungan itu, UNESCO akan mengadakan satu mesyuarat tergempar dengan menteri-menteri pendidikan pada 10 Mac. - Bernama

Artikel Berkaitan: