APM, AG Prestige jalin kerjasama persefahaman

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Pertahanan Awam, Norhafifi Ismail (depan, tengah) dan Timbalan Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam, Datuk Seri Tengku Kamarulzaman Ibni Sultan Abu Bakar (depan, enam dari kanan) bergambar bersama angkatan-angkatan Pertahanan Awam pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Pertahanan Awam (Briged Kesenian APM) di Auditorium IPPA hari ini. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

A
A
A

KAJANG - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan AG Prestige menandatangani persefahaman untuk menjalinkan kerjasama dalam melaksanakan kerja-kerja sukarelawan menerusi APM semalam.

AG Prestige merupakan sebuah entiti perniagaan yang mempunyai 22 anak syarikat, rangkaian dan badan kebajikan dimiliki oleh Datuk Aizuddin Ghazali yang juga merupakan Pengerusi Briged Kesenian APM.

Kerjasama itu dilihat penting bagi memberi peluang kepada komuniti, selebriti dan anak seni tempatan untuk terlibat dalam program sukarela dan seterusnya merasai denyut nadi mangsa-mangsa bencana.

Timbalan Pesuruhjaya Kehormat APM, Datuk Seri Tengku Kamarulzaman Sultan Abu Bakar berkata, APM mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dan sokongan untuk melatih orang awam dengan ilmu menyelamat dan juga menangani kejadian bencana atau sebarang bentuk kecelakaan dihadapi orang awam.

Tengku Kamarulzaman Ibni Sultan Abu Bakar pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Pertahanan Awam (Briged Kesenian APM) di Auditorium IPPA hari ini. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Tengku Kamarulzaman Ibni Sultan Abu Bakar pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Pertahanan Awam (Briged Kesenian APM) di Auditorium IPPA hari ini. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Menurutnya, melalui pendekatan itu, sumbangan dari segi tenaga dan bentuk sumbangan lain dalam kalangan selebriti dan komuniti luar sangat diperlukan untuk menangani situasi ketika bencana.“Kita mungkin ada lebih ramai lagi artis menyertai APM.

“Dengan aktiviti ini, kita dapat lihat artis akan lebih berdisiplin bila mereka mengikuti kursus-kursus di Akademi Latihan Pertahanan Awam.

“Saranan kita kepada artis-artis di luar sana untuk terus bersama APM supaya kita akan menjadi satu masyarakat yang bertanggungjawab kepada rakyat kita sendiri,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Lima artis dan selebriti yang menganggotai Pertahanan Awam antaranya ialah Hafiz Ippo (depan tengah), Sissy Iman (dua dari kanan), Nemo Cherpen (kiri), Hawa (kanan) dan Zetty Mentor (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian Penutup Kursus Pertahanan Awam (Briged Kesenian APM) di Auditorium IPPA hari ini. -Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Menandatangani Persefahaman dan Majlis Perasmian Penutup Kursus Asas Pertahanan Awam (Briged Kesenian APM) di Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA) Sungai Merab di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Pertahanan Awam Malaysia, Norhafifi Ismail dan Pengerusi Briged Kesenian APM, Datuk Aizuddin Mohd Ghazali.Majlis tersebut turut diserikan dengan kemunculan artis tempatan yang berjaya menamatkan Kursus Asas Pertahanan Awam iaitu Zarra Zya, Ippo Hafiz, Sissy Iman, Zetty Mentor serta Nemo Cherpen.