X

Kindly register in order to view this article
!

Hadi terbuka dilantik TPM atau tidak

Abdul Hadi
Abdul Hadi (tengah) pada sidang media di Masjid Rusila hari ini.
A
A

MARANG - [DIKEMASKINI] Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersifat terbuka sekiranya beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi mengisi barisan Kabinet baharu kerajaan Perikatan Nasional.

Bagaimanapun, Abdul Hadi menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membuat keputusan kerana beliau bukanlah individu yang mengejar jawatan.

“Saya terbuka kepada Perdana Menteri dan tidak mewajibkan saya dipilih. Kalau saya tidak dipilih pun tidak apa, saya balik jadi nelayan, tidak ada masalah.

“Saya nak bekerja untuk negara, terbuka. Yang calonkan saya itu rakyat, orang biasa. Bukan orang biasa calonkan, patutnya perdana menterilah. Bukan si anu si anu yang calonkan saya, ada orang syok orang calonkan dia tapi saya tidak syok orang calonkan saya,” katanya pada sidang media di Masjid Rusila di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu Terengganu, Armada Kelantan cadang Hadi sebagai TPM

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Ditanya sama ada Pas mengemukakan calon cadangan mengisi jawatan menteri, Abdul Hadi berkata, parti itu hanya memberikan konsep, namun keputusan memilih diserahkan sepenuhnya kepada Muhyiddin.

Namun katanya, barisan Kabinet yang dilantik perlu terdiri daripada golongan profesional termasuk bukan Islam seiring dengan keadaan masyarakat negara ini yang berbilang kaum.

“Pas memberi konsep sahaja, nak pilih siapa serah kepada Perdana Menteri dan mengambil kira masyarakat majmuk kalangan bukan Islam walaupun mereka tidak ramai dipilih, yang menyokong kita MCA dua kerusi saja.

“Perlu juga lantik kalangan profesional, kalangan bukan Islam termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus