X

Kindly register in order to view this article
!

Gadai nyawa selamatkan si bulus

Anggota bomba berusaha menyelamatkan kucing jantan yang terperangkap di atas pokok leban di Kampung Baru,Bentong petang semalam. - Foto Bomba
A
A

BENTONG - Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong terpaksa memanjat tangga pada ketinggian 15.24 meter untuk membawa turun seekor kucing yang terperangkap di atas pokok.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang di Kampung Baru di sini semalam, kucing jantan itu terperangkap di atas pokok leban berhampiran masjid di kampung tersebut.

Ketua BBP Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, anggota bomba berjaya membawa turun kucing itu yang terperangkap di celah dahan pokok itu selepas membawa makanan sebagai umpan dalam usaha memujuk haiwan itu.

"Selepas hampir 45 minit, kucing tersebut akhirnya dibawa turun dengan selamat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, operasi menyelamat membabitkan lima anggota dan kucing tersebut diserahkan kepada pemiliknya dengan selamat.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!