Mahu pinjam RM10,000, tapi lesap RM8,000

PDRM
PDRM
A
A
A
KUANTAN - Hasratnya untuk meminjam wang sebanyak RM10,000, tetapi akibat terdaya dengan pinjaman wang yang tidak wujud itu seorang pekerja kilang mengalami kerugian RM8,340 setelah melakukan pelbagai bayaran pemprosesan untuk mendapatkan pinjaman itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusoff berkata, mangsa, 37, sebelum itu melihat iklan pinjaman peribadi melalui media sosial ketika berada di tempat kerjanya dalam sebuah kilang di sini pada Isnin lalu.

"Susulan itu, mangsa telah meninggalkan beberapa maklumat yang diminta melalui iklan berkenaan untuk memohon pinjaman berkenaan.

"Kemudian mangsa telah menerima panggilan daripada suspek lelaki pada Selasa dengan menawarkan pinjaman yang dikehendaki sebanyak RM10,000," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Namun, katanya setelah mangsa melakukan lima kali transkasi bayaran untuk proses pinjaman sehingga RM8,340, suspek masih terus mendesak mangsa melakukan bayaran tambahan.
Artikel Berkaitan:


Mangsa yang curiga dengan perkara itu kemudian telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan. - Bernama