Lelaki murung hilang di ladang getah

Gambar hiasan. Foto: 123rf
Gambar hiasan. Foto: 123rf
A
A
A

GERIK - Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah kemurungan dilaporkan hilang di kawasan ladang getah di Felda Papulut, Lawin dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Ismail Che Isa berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Hazrin Hamzah, 26, keluar dari rumah di Felda Papulut seorang diri kira-kira jam 7 pagi, semalam sebelum dipercayai masuk ke ladang getah dan belum pulang ke rumah sehingga kini.

Menurutnya, ibu mangsa seorang penoreh getah, Suriana Mohd Marzuki, 47, telah membuat laporan di Balai Polis Gerik pada jam 11.51 pagi.

“Mangsa memiliki ketinggian lebih kurang 160 sentimeter, berkulit sawo matang dan kurus,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, polis telah menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Dewan Orang Ramai Felda Papulut, Lawin untuk menjalankan gerakan mencari dan menyelamatkan mangsa yang disertai polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela serta orang awam.

Katanya, operasi itu dihentikan pada jam 7 malam kerana keadaan gelap dan akan disambung semula pada esok pagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: