Malaysian Tigers atur langkah

Oltmans memberi kata-kata semangat kepada skuad kendaliannya pada sesi latihan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini. - Foto Bernama
Oltmans memberi kata-kata semangat kepada skuad kendaliannya pada sesi latihan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini. - Foto Bernama
A
A
A
KETUA Jurulatih skuad hoki kebangsaan, Roelant Oltmans menyasarkan 20 perlawanan antarabangsa untuk diharungi menjelang Piala Sultan Azlan Shah 2020 yang ditangguhkan pada 24 September hingga 3 Oktober ini.

Beliau berkata, pihak kejurulatihan telah berhubung dengan beberapa negara untuk mengatur jadual perlawanan persahabatan bagi memenuhi jadual pada April dan Meiuntuk mengekalkan kecergasan para pemain.

“20 perlawanan sudah mencukupi sebelum Piala Sultan Azlan Shah. Skuad negara juga bakal beraksi dalam perlawanan ujian menentang New Zealand di Kuantan pada Jun nanti,” katanya kepada media selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil semalam.

Piala Sultan Azlan Shah sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 11 hingga 18 April, namun ditangguhkan berikutan penularan jangkitan koronavirus (Covid-19).

Kejohanan yang memasuki edisi ke-29 itu adalah yang pertama buat Malaysian Tigers selepas dikendali jurulatih dari Belanda tersebut pada Oktober 2018.

Oltmans berkata, penangguhan Piala Sultan Azlan Shah dilihat dapat membantu beliau untuk menilai kemampuan beberapa pemain baharu bersaing di pentas antarabangsa.

Sementara itu, pemain pertahanan negara, Muhammad Razie Abdul Rahim berkata, penangguhan kejohanan berkenaan memberi kelebihan kepada usaha pembentukan semula pasukan negara dengan 34 pemain telah dipanggil menyertai kem latihan pusat bermula Isnin lepas.

Bagaimanapun, pemain berusia 32 tahun itu menegaskan, kepentingan perlawanan antarabangsa sebagai medan menilai tahap perkembangan pemain.

"Pasukan akan mempunyai lebih masa untuk membuat persediaan terutama pemain baharu untuk mereka menyesuaikan diri dengan sistem serta taktikal pasukan.
Artikel Berkaitan:


"Bagi saya, pengalaman daripada aksi antarabangsa amat penting, ia akan bantu pemain baharu mendapatkan keyakinan," katanya. - Bernama