'Hadiah untuk ayah dan ibu'

Nurin Anis Farihah berkongsi kegembiraan bersama ibu dan bapanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 di Sekolah Menengah St Anthony Labuan hari ini. Anis memperoleh 9A (7A dan 2A) dan merupakan antara tujuh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Sains Labuan. - Foto BERNAMA
Nurin Anis Farihah berkongsi kegembiraan bersama ibu dan bapanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 di Sekolah Menengah St Anthony Labuan hari ini. Anis memperoleh 9A (7A dan 2A) dan merupakan antara tujuh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Sains Labuan. - Foto BERNAMA
A
A
A

LABUAN - Fokus di dalam kelas dan sentiasa disiplin dalam pembahagian masa untuk belajar dan aktiviti sekolah membuahkan kejayaan bagi anak pesara tentera, yang merupakan antara tujuh pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Sains Labuan.

Nurin Anis Farihah Mohd Azid yang memperoleh 9A dalam SPM 2019 menghadiahkan kejayaan itu kepada kedua ibu bapanya yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya dan berkat dedikasi semua gurunya bagi memastikan calon SPM meraih kejayaan cemerlang.

“Saya mahu berjaya dalam hidup seperti orang lain. Saya ada cita-cita untuk dicapai dan saya mahu ayah dan ibu bangga dengan saya.

“Ayah dan ibu selalu ingatkan saya kalau berjumpa pada hujung minggu supaya solat, tawakal dan jangan berhenti fokus semasa belajar,” katanya kepada Bernama sambil mengusapkan air mata.

Anis akan melanjutkan pelajaran ke peringkat A-Level dan memasang impian bergelar pensyarah.

Ayahnya, Mohd Azid Samin, 50, yang kini hanya bergantung kepada pendapatan RM2,000 sebulan sebagai kerani berbangga dengan pencapaian anaknya.

“Saya tidak dapat bercakap apa dah, hanya kegembiraan atas pencapaiannya, terima kasih kepada cikgu-cikgu yang mengajarnya,” katanya.

Ibunya, Noormah Tormadi, 50, seorang guru Sekolah Kebangsaan Patau-Patau berkata pencapaian cemerlang anaknya adalah atas usahanya sendiri.

Artikel Berkaitan:

“Kami sentiasa berusaha untuk memantau pelajaran Anis dengan sering bertanya kepadanya, meskipun kami tidak tinggal bersama dan hanya berkesempatan bertemu hujung minggu dan ada kalanya tidak berkesempatan tetapi motivasi tetap kami berikan agar dia gigih belajar,” katanya. - Bernama