Zuraida cadang kuota 30 peratus kerusi pilihan raya untuk wanita

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyampaikan amanat ketika Majlis Konvensyen Wanita Keadilan 2019 Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini. - Foto Bernama
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyampaikan amanat ketika Majlis Konvensyen Wanita Keadilan 2019 Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mencadangkan perubahan sistem pilihan raya negara antaranya mewujudkan kuota 30 peratus kerusi diperuntukkan kepada calon wanita.

Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata cadangan tersebut termasuk dalam reformasi pilihan raya yang dicadangkan oleh Wanita PKR.

"Antara agenda Wanita ialah memperjuangkan 'reformasi pilihan raya ' yang mana mengambil kira 'sistem perwakilan setimpal', antaranya memperuntukkan minimum 30 peratus kerusi wanita sahaja untuk bertanding dalam pilihan raya.

"Saya dah minta Haniza (Haniza Mohd Talha) perjuangkan dalam penggal kali ini, saya harap cadangan usul itu dibawa ke tengah dan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) untuk dipinda sistem pilihan raya yang ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Konvesyen Wanita PKR Zon Tengah di sini hari ini.

Terdahulu Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha berkata sayap itu akan mengemukakan satu lagi cadangan iaitu 'kerusi tanpa kawasan pilihan raya' yang membolehkan anggota Parlimen wanita dilantik tanpa melalui pilihan raya.

Reformasi sedemikian bagi membolehkan lebih ramai anggota Parlimen wanita dilantik dan mencapai sasaran 30 peratus golongan itu terlibat dalam politik.

Zuraida berkata setakat ini sejak Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei lepas, peratusan anggota Parlimen wanita adalah pada kadar 13 peratus berbanding 10 peratus pada zaman kerajaan terdahulu. - Bernama

Artikel Berkaitan: