Berat badan naik 200kg penangan 'video game'

Gambar sebelum dan selepas David mengamalkan gaya hidup sihat. - Foto Facebook David.
Gambar sebelum dan selepas David mengamalkan gaya hidup sihat. - Foto Facebook David.
A
A
A

ENGLAND - Seorang lelaki di sini akhirnya akur menjalani hidup lebih sihat setelah dimaklumkan doktor bahawa dia akan mati sebelum berusia 35 tahun akibat terlalu khusyuk kepada permainan video.

David Breaker, 36, pernah memiliki berat badan 203 kilogram (kg) kerana menghabiskan kira-kira 14 jam sehari untuk bermain permainan video, lapor Daily Star.

Katanya yang berasal dari Gillingham, berat badannya semakin meningkat kerana selalu bangun lewat dan apabila bangun, dia terus bermain permainan video hingga lewat malam.

Begitulah rutin hariannya hingga menjejaskan berat badan dan kesihatan.

Setelah diberi amaran oleh doktor bahawa berat badannya boleh mengundang maut, David mengubah gaya hidupnya kepada lebih sihat dan kini memiliki berat badan 109kg.

"Saya jadi ketagih main game, sanggup menghadap komputer selama 14 jam sehari bermain World of Warcraft hingga berat badan mencecah 200kg.

"Saya pernah terfikir untuk bunuh diri apabila melihat keadaan saya yang obesiti," katanya.

Menurutnya, semua itu hanya tinggal sejarah dan kini dia nekad untuk mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam.

Artikel Berkaitan:

"Bila doktor beritahu saya boleh mati sebelum usia 35 tahun, saya sangat bimbang. Doktor beritahu saya mungkin akan mendapat serangan jantung jika tidak ubah cara hidup.

"Saya sudah amalkan makanan sihat, bersenam untuk mendapat berat badan ideal," katanya.

Kisah penuh inspirasi itu membuat netizen berasa kagum dengan kesungguhannya untuk menjalani kehidupan secara positif yang akhirnya membawa dia kepada hidup baharu.

Menerusi akaun Facebook David Breaker, dia berkata tidak semua permainan video itu mendatangkan keburukan sebaliknya ia boleh menjana pendapatan lumayan.