JPJ keluar 357 notis dalam ops khas bersepadu

Ops bersepadu yang dijalankan di Plaza Tol Sungai Dua malam tadi.
Ops bersepadu yang dijalankan di Plaza Tol Sungai Dua malam tadi.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 357 notis dalam operasi khas bersepadu yang dijalankan di Plaza Tol Sungai Dua bermula jam 8 malam tadi.

Pengarahnya, Adenan Md Isa berkata, sebanyak 1,282 kenderaan diperiksa dan 162 diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, operasi melibatkan beberapa agensi iaitu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK); Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

"AADK telah menjalani 49 ujian saringan air kencing dan enam daripadanya positif syabu.

"PDRM dari cawangan trafik memeriksa 135 kenderaan manakala JAS memeriksa 11 kenderaan dan mengeluarkan empat saman serta empat notis. Sementara itu, Imigresen memeriksa 42 orang dan menahan tiga daripadanya," katanya pada sidang media di lokasi selepas operasi malam tadi.

Beliau berkata, operasi tersebut melibatkan 115 anggota iaitu 50 anggota JPJ, 16 anggota AADK, 16 anggota Imigresen, sembilan daripada JAS dan tujuh anggota PDRM.

Tambahnya, JPJ mendapat bantuan daripada lima kakitangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan 12 kakitangan Plus Malaysia Berhad (Plus).

Artikel Berkaitan: