Dakwaan pukul anak angkat: Polis ambil keterangan usahawan kosmetik

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah mengambil keterangan usahawan kosmetik terkenal yang didakwa memukul anak angkatnya, dalam kejadian di sebuah rumah di Petaling Jaya bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, pada Isnin (2 Mac) untuk memberi keterangan.

"Polis juga mengambil keterangan empat saksi lain, bagi membantu siasatan dan kertas siasatan akan dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Jumaat ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. -Bernama

Artikel Berkaitan: