Lelaki cedera langgar belakang lori

A
A
A

NILAI - Seorang lelaki mengalami kecederaan patah tangan apabila motosikal yang ditungganginya melanggar bahagian belakang sebuah lori di Dataran Nilai dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, dalam kejadian kira-kita jam 1.10 tengah hari itu, mangsa, Mohamad Faeszudin Ab Ali, 27, turut cedera di beberapa bahagian anggota badan dan kini berada di zon merah Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian, lori itu datang dari Sepang menuju ke Tol Nilai dan sedang berhenti di lampu isyarat merah sebelum dilanggar motosikal mangsa di bahagian belakang hingga terperosok di bawah lori.

"Akibat kejadian itu, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan dan telah dihantar ke HTJS untuk menerima rawatan," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: