Pelumba Petronas SRT sedia pamer taring

Vierge berharap dia dapat memulakan saingan musim ini dengan langkah kanan. Foto: FB Xavi Vierge Zafra
Vierge berharap dia dapat memulakan saingan musim ini dengan langkah kanan. Foto: FB Xavi Vierge Zafra
A
A
A

Pelumba Petronas Sprinta Racing (Petronas SRT) - Xavi Vierge dan Jake Dixon bersedia mempamerkan prestasi terpuji dalam acara Moto2 pada perlumbaan pembuka tirai MotoGP Dunia 2020 pada Grand Prix (GP) Qatar di Litar Antarabangsa Losail, hujung minggu ini.

Vierge, pelumba Sepanyol yang menyertai Petronas SRT dari Estrella Marc VDS berharap dia dapat memulakan saingan musim ini dengan langkah kanan selepas catatan lapan terpantas pada sesi ujian rasmi di litar tersebut dari 23 hingga 25 Februari lalu.

“Kami melakukan usaha yang baik dengan keputusan membanggakan pada sesi ujian dan tidak sabar untuk perlumbaan Ahad ini kerana perlumbaan ini sungguh istimewa yang saya minati.

“ Selain perlu bersaing, kami juga perlu mengawal emosi dan minda supaya cukup tenang. Musim 2020 cukup lama dan oleh itu keutamaan kami adalah untuk menamatkan perlumbaan dengan keputusan yang terbaik mungkin,” katanya pelumba berusia 22 tahun dalam kenyataan yang dikeluarkan pasukan itu semalam.

Vierge berharap dia dapat memulakan saingan musim ini dengan langkah kanan. Foto: FB Xavi Vierge Zafra
Vierge berharap dia dapat memulakan saingan musim ini dengan langkah kanan. Foto: FB Xavi Vierge Zafra

Berkongsi sentimen sama, Dixon, yang mengalami kecederaan patah jari manis pada sesi ujian rasmi di Litar Jerez, Sepanyol, bulan lalu, berkata beliau masih menyesuaikan diri dengan casis Kalex berbanding KTM sebelum ini.

“Nasib baik, saya tidak risau kerana tahu di mana saya perlu memperbaiki dan bagaimana untuk melakukannya. Hanya perlu melakukan lebih banyak pusingan dengan jentera baharu ini.

“Selain itu, perlu berusaha semasa sesi latihan bebas supaya dapat bersedia dengan lebih baik pada hari perlumbaan,” kata pelumba Briton berusia 24 tahun itu.

Artikel Berkaitan:

Hanya kategori Moto2 dan Moto3 akan berlangsung pada GP Qatar selepas Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) membatalkan kategori MotoGP kerana penularan wabak koronavirus (Covid-19).