Seorang lagi lelaki ditahan hina Agong


Mior Faridalathrash
Mior Faridalathrash
A
A
A

KUALA LUMPUR- Polis menahan seorang lagi individu yang dipercayai memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, di laman sosial.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditahan semalam di Seremban, Negeri Sembilan selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu.

“Proses reman dan siasatan akan dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun Mior Faridalathrash berkata, lelaki yang ditahan itu tiada kaitan dengan lima individu yang diburu kerana melakukan kesalahan sama.

Menurutnya, beberapa individu yang terbabit dengan kes yang dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman telah ditahan, namun maklumat terperinci mengenainya akan dimaklumkan kemudian.

Katanya lagi, setakat ini enam individu telah ditahan bagi membantu siasatan dan 10 kertas siasatan dibuka membabitkan kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman sosial Facebook.- Bernama

Artikel Berkaitan: