X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Gempar penemuan toyol dalam botol

Objek dipercayai toyol itu ditemui di Dusun Pahauran, Desa Sindangsari, Kecamatan Banjarsari pada Sabtu lalu. - Foto Agensi
A
A

CIAMIS - Penduduk di Jawa Barat, Indonesia digemparkan dengan penemuan objek misteri menyerupai toyol di dalam sebuah botol kecil.

Ia turut mencetuskan tanda tanya banyak pihak sama ada 'toyol' tersebut hidup atau tidak.

Beberapa penduduk Ciamis mendakwa mereka pernah melihat bahagian kepala 'toyol' itu bergerak, namun perkara tersebut tidak dapat dibuktikan.

Difahamkan, 'toyol' dalam botol berukuran 5 hingga 7 sentimeter dengan 1.5 sentimeter diameter itu ditemui penduduk dikenali sebagai Ibnu Kasir di belakang rumahnya di Dusun Pahauran, Desa Sindangsari, Kecamatan Banjarsari pada Sabtu lalu.

"Ia berada dalam keadaan statik. Objek tersebut kelihatan seperti bayi yang masih merah dengan wajah menyeramkan.

"Sebagai orang Islam kita harus percaya dengan perkara ghaib," ujarnya yang bekerja sebagai petani dan guru mengaji kepada Detik.com. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!