Kes Covid-19 di luar China 9 kali ganda lebih tinggi: WHO

Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP
Tedros Adhanom Ghebreyesus. - Foto AFP
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan jumlah kes koronavirus (Covid-19) yang direkodkan di China sejak beberapa hari lalu adalah jauh lebih rendah berbanding negara lain di seluruh dunia.

“Dalam tempoh 24 jam lalu, kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan di luar Beijing adalah hampir sembilan kali ganda lebih tinggi di Tanah Besar China,” kata Ketua agensi PBB itu, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Epidemik tersebut telah menyebabkan lebih 3,000 kematian manakala hampir 90,000 dijangkiti di seluruh dunia sejak ia pertama kali dikenal pasti di China pada akhir Disember lalu.

Menurut Ghebreyesus, jumlah kes di China terus menurun dan hanya 125 kes baharu dilaporkan semalam.

“Ia adalah angka paling rendah direkodkan sejak enam minggu lalu,” ujarnya.

Di luar China, kira-kira 8,739 kes jangkitan Covid-19 direkodkan di seluruh 61 negara termasuk 127 kematian.

Kira-kira 8,739 kes jangkitan Covid-19 direkodkan di seluruh 61 negara termasuk 127 kematian.
Kira-kira 8,739 kes jangkitan Covid-19 direkodkan di seluruh 61 negara termasuk 127 kematian.

“Situasi di Korea Selatan, Itali, Iran dan Jepun adalah kebimbangan terbesar kami,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, misi WHO untuk membantu tindak balas Teheran terhadap epidemik tersebut telah tiba di negara itu dan turut membawa alatan perlindungan untuk menyokong lebih 15,000 kakitangan penjagaan kesihatan.

Pasukan itu juga membawa kit makmal yang mencukupi untuk menguji dan mendiagnosis hampir 100,000 individu.

Selain itu, Jerman, Perancis dan United Kingdom (UK) memaklumkan mereka akan menghantar peralatan kecemasan kepada Iran untuk memerangi wabak tersebut selain menyalurkan bantuan kewangan berjumlah 5 juta euro (RM23 juta) kepada Teheran.

Dalam perkembangan lain, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Eropah (ECDC) telah menaikkan tahap risiko virus tersebut daripada sederhana kepada tinggi selepas wabak itu kini menular dengan cepat di rantau terbabit.

Ia turut memberi amaran peningkatan drastik kes jangkitan Covid-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang yang dikhuatiri bakal memberi impak tinggi kepada kesihatan awam dan sistem penjagaan kesihatan. - Agensi