Kilang kitar semula topeng muka terpakai di Thailand diserbu

Sebuah kilang di wilayah Saraburi, Thailand diserbu kerana mengitar semula topeng muka terpakai secara haram. - Foto Agensi
Sebuah kilang di wilayah Saraburi, Thailand diserbu kerana mengitar semula topeng muka terpakai secara haram. - Foto Agensi
A
A
A

BANGKOK - Polis di Thailand menyerbu sebuah kilang kitar semula di wilayah Saraburi selepas mendapat maklumat bahawa kilang itu mengitar semula topeng muka terpakai secara haram.

Ketua Polis Daerah Wihandaeng, Somsak Kaewsena berkata, ketika serbuan dilakukan, beliau dan pasukannya dari Balai Polis Wihandaeng menemui enam orang pekerja sedang menyusun topeng muka yang sudah digunakan, menyeterika sebelum melipatnya di dalam kotak untuk kelihatan seperti baharu.

"Pekerja memaklumkan mereka dibayar 1 baht (13 sen) sekeping dan mengitar semula antara 300 hingga 400 keping topeng muka sehari setiap orang.

"Saya juga telah menghubungi Pejabat Kesihatan Awam Wihandaeng untuk memfailkan tuduhan terhadap kilang sebagai plaintif kerana operasinya boleh menjejaskan kesihatan orang yang membeli topeng muka terpakai serta masyarakat di komuniti berhampiran kilang," katanya.

Polis merampas semua topeng muka di kilang terbabit dan menghantar beberapa sampel kepada Kementerian Perdagangan untuk menyiasat asal usulnya. - Agensi

Artikel Berkaitan: