Tujuh kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini

Muhyiddin (tengah) bersama Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali (kiri) dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa taklimat status COVID-19 oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Kesihatan di Bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
Muhyiddin (tengah) bersama Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali (kiri) dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa taklimat status COVID-19 oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Kesihatan di Bangunan Perdana Putra hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Terdapat tujuh kes baharu positif koronavirus (Covid-19) direkodkan hari ini.

Perkara itu dimaklumkan petugas khas Kementerian Kesihatan (KKM) dalam taklimat bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 adalah sebanyak 36 kes.

"Daripada jumlah itu, 14 dirawat di wad isolasi Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur manakala 22 lagi telah sembuh dan dibenarkan pulang," katanya.

Menurutnya, Muhyiddin berpuas hati dengan agensi kerajaan yang telah melaksanakan tugas dengan baik dalam menguruskan penularan Covid-19.

"Beliau turut mengarahkan agar pasukan petugas khas terus memantau status dan usaha-usaha pencegahan penularan Covid-19 bagi memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia," katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan Muhyiddin menasihati orang ramai tidak membuat pembelian panik.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti langkah penjagaan kesihatan sepertimana digariskan KKM," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, Muhyiddin mengadakan taklimat bersama Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Muhammad Shahrul Akram Yaakob, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Mokhtar Abd Rahman, Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara dan Ketua Pengarah

Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud.

Sehingga jam 8 pagi, jumlah keseluruhan positif Covid-19 adalah sebanyak 90,306 kes yang melibatkan 70 buah negara dilaporkan.

Sebanyak 45,603 (50.5 peratus) kes sembuh manakala 3,084 (3.4 peratus) kematian dicatatkan.