'Jangan kambing hitamkan Dr Mahathir'

Abdul Hadi
Abdul Hadi
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan semua pihak agar tidak menjadikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai kambing hitam di atas kemelut politik yang berlaku minggu lepas.

Menurutnya, pemimpin yang gila jawatan sehingga sanggup menjadikan matlamat menghalalkan cara tanpa menilai maruah diri, agama, bangsa dan negara sehingga mengheret ahli politik melakukan perkara kotor perlu bertaubat kepada ALLAH serta bermaafan.

“Paling susah juga bagi Sabah dan Sarawak, walaupun tidak menjadi penyebab berlakunya krisis yang dimulakan oleh pemimpin politik dari Semenanjung, oleh kerana mereka menjadi kepala kepada jasad negara Malaysia ini, pasti masalah yang timbul menjadi bebanan kepada semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata, bagi menyelesaikan krisis politik yang melanda, maka satu langkah segera wajib diambil bagi menyelamatkan negara ini daripada terus karam.

“Langkah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja yang tidak berpolitik dapat menangani krisis politik yang sukar ini dengan hidayah ALLAH Taala diucapkan syukur dan junjung kasih.

“Langkah Dr Mahathir sejak mengambil alih pentadbiran menangani kerajaan dan pembangkang sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), menanggung tugas mengawal keadaan sehingga selesai dengan aman bagi menolak dan menyingkirkan yang keruh dengan daya upaya dalam usianya tanpa huru hara seperti negara lain adalah menjadi contoh sebagai seorang negarawan dunia terkini yang akan disimpan dan sentiasa dikenang dalam lipatan sejarah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN Muhyiddin pengkhianat sebenar: Tun M

Agong selamatkan keadaan, Tun M buat masalah lagi

Artikel Berkaitan: