Bayi 3 bulan terperangkap dalam kereta di Johor

A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan terperangkap hampir 30 minit dalam kereta ibunya di hadapan sebuah rumah di Taman Universiti di sini pagi ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Skudai, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Azlan Ramli berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.20 pagi.

“Ketika kejadian, ibu bayi itu keluar dari kereta untuk menghantar anaknya ke rumah pengasuh.

"Kereta itu secara tiba-tiba terkunci dari dalam dan ketika kejadian enjin kereta hidup,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Beliau berkata, pihak bomba mengambil masa kira-kira lima minit menggunakan alat khas bagi membuka pintu kereta bagi menyelamatkan bayi itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: