'Muhyiddin akan kalah jika lantik Ahmad Zahid dalam Kabinet'

Gambar dari kiri: Ahmad Zahid, Muhyiddin
Gambar dari kiri: Ahmad Zahid, Muhyiddin
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menegaskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kalah undi tidak percaya di Dewan Rakyat sekiranya beliau melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam Kabinet.

Menurutnya, sekiranya ia berlaku, Abdul Hamid secara terbuka menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan mengambil pendirian berkecuali.

Katanya, ia akan menjadi modal utama kepada Pakatan Harapan (PH) menyerang Perikatan Nasional dengan mendakwa kerajaan baharu sebagai korup.

“Isu yang paling utama ialah adanya UMNO dalam kerajaan itu. PH tahu tanpa UMNO, kerajaan itu akan tumbang.

“Maka, sebelum dilakukan undi tidak percaya, pemimpin parti-parti komponen Perikatan Nasional perlulah bermesyuarat, mengambil pendirian, mengeluarkan kenyataan dan melakukan apa yang sempat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Abdul Hamid lagi, beliau menggariskan 10 langkah yang boleh diambil Perikatan Nasional bagi mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka. 10 langkah tersebut adalah:

1. Perikatan Nasional tidak akan mengulangi kesilapan UMNO dan PH.

2. Perikatan Nasional tidak akan berkompromi dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Artikel Berkaitan:

3. Perikatan Nasional tidak akan melantik ahli Parlimen yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah memegang sebarang jawatan dalam Kabinet.

4. Kerajaan Perikatan Nasional akan melantik seorang pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang kanan, berpengalaman dalam pendakwaan dan undang-undang, berdedikasi dan berintegriti untuk menjadi Peguam Negara/Pendakwa Raya.

5. Kerajaan Perikatan Nasional akan melantik seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berpengalaman, berdedikasi dan berintegriti untuk menjadi Ketua Pesuruhjayanya.

6. Kerajaan Perikatan Nasional tidak akan campur tangan atau cuba mempengaruhi Peguam Negara/Pendakwa Raya dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

7. Kerajaan Perikatan Nasional juga sekali-kali tidak akan mempengaruhi atau menekan Pendakwa Raya supaya menghentikan pendakwaan atau menarik balik pertuduhan terhadap ahli Kabinet, ahli Parlimen atau penyokongnya.

8. Kerajaan Perikatan Nasional juga sekali-kali tidak akan campur tangan atau cuba mempengaruhi mahkamah dalam menjalankan tugas kehakimannya.

9. Kerajaan Perikatan Nasional tidak akan meminta pengampunan ke atas sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah terhadap ahli Kabinet, ahli Parlimen atau penyokongnya. Tetapi hak mereka berbuat demikian tidak dihalang.

10.Kerajaan Perikatan Nasional akan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk memperbaiki ekonomi negara, taraf kehidupan rakyat dan pentadbiran negara.

Selain itu kata, Abdul Hamid, jika UMNO berkeras mahukan Ahmad Zahid menjadi anggota Kabinet dan mengugut keluar Perikatan Nasional, Muhyiddin sepatutnya biarkan UMNO keluar dan gabungan ini tumbang.

“UMNO akan dikutuk oleh orang Melayu dan mati tak berkubur. Percayalah.

“Muhyiddin dan pemimpin parti-parti komponen hendaklah bertegas dalam hal ini. Lebih baik tumbang semasa melakukan sesuatu yang betul, bukan kerana melakukan sesuatu yang salah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya bukan pengkhianat'

'Saya tawarkan jiwa dan raga saya kepada negara'

Muhyiddin ikrar lantik jemaah menteri bersih, berintegriti

Muhyiddin zahir penghargaan, ucap terima kasih kepada Mahathir