X

Kindly register in order to view this article
!

Mesej tular Ustaz Kazim Elias sakit tidak benar

Satu rakaman video menunjukkan Mohd Kazim sedang memberi kuliah di Pusat Pendidikan Al-Barakah dimuatnaik dalam Facebook bagi membuktikan beliau dalam keadaan sihat.
A
A

IPOH - Mesej tular mengatakan penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias sedang sakit tidak benar.

Perkara itu disahkan pihak Mohd Kazim menerusi laman Facebooknya mengatakan Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah itu dalam keadaan baik.

Menurutnya, mesej yang tular di dalam aplikasi WhatsApp itu merupakan mesej lama yang ditular semula oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Hantaran tersebut merupakan hantaran lama yang dimuatnaik semula oleh pihak yang belum dapat dikenalpasti.

"Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa kesihatan DUKE (Datuk Ustaz Kazim Elias) berada dalam keadaan baik," jelas admin Facebook berkenaan dalam satu hantaran hari ini.

Dalam penjelasan itu juga, pihaknya meminta semua pihak berdoa agar kesihatan Mohd Kazim terus kekal dalam keadaan baik.

Selang beberapa minit selepas itu, Facebook tersebut turut memuatnaik satu rakaman video Mohd Kazim sedang menyampaikan kuliah di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi di sini.

Mesej yang tular itu merupakan kejadian berlaku pada tahun 2016 ketika Mohd Kazim dimasukkan ke sebuah hospital kerana masalah jantung.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!