'Semoga pentadbiran Muhyiddin kembalikan kesejahteraan negara'

Mohd Shukri Ramli
Mohd Shukri Ramli
A
A
A

KANGAR - Pas Perlis berharap agar pentadbiran negara dapat disejahterakan dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, pelantikan Muhyiddin telah menamatkan krisis politik yang berlarutan selama seminggu yang telah mendatangkan kerugian besar buat negara.

Menurutnya, Pas Perlis juga akan memberi sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri untuk memimpin Malaysia ke arah kecemerlangan.

"Harapan kami agar muafakat yang terbina antara parti-parti yang mendukung kerajaan baharu ini akan memberi sinar baru kepada sistem politik dan pentadbiran negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Shukri berkata, Pas Perlis juga yakin dengan kepimpinan yang menjadikan Islam sebagai asas pentadbiran negara akan memastikan kemakmuran negara serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Harapan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sejahtera hampir tercapai apabila kepimpinan tertinggi kini dipimpin oleh individu Islam dan Melayu sebagai tuan," katanya.

Artikel Berkaitan: