'Jangan percaya khabar angin'

Jurgen Klopp
Jurgen Klopp
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp meminta peminat pasukan itu tidak mempercayai khabar angin mengatakan The Reds tidak akan dapat menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, beliau percaya penyokong Liverpool cukup cerdik untuk menilai sesuatu perkara dan menegaskan isu Covid-19 tidak akan merencatkan saingan EPL yang sedang berlangsung.

“Saya tidak rasa penyokong Liverpool paranoid dengan khabar angin tersebut. Saya sendiri telah bercakap dengan penyokong dan saya tahu mereka tidak akan mempercayai perkara remeh ini.

“Sememangnya ada media yang menulis perkara ini. Saya juga membacanya dan saya tak sangka ada orang akan berfikir dan menulis seperti itu,” katanya.

Media di England melaporkan kemungkinan Liverpool tidak akan menjulang trofi EPL musim ini sekiranya liga itu ditamatkan lebih awal akibat wabak Covid-19.

Kata Klopp, tiada peraturan sedemikian yang menyatakan bahawa sesebuah pasukan tidak akan dinobatkan sebagai juara sekiranya liga dihentikan lebih awal.

"Sekiranya ada sesiapa yang ingin bertanya kepada saya mengenai perkara itu dan sejauh mana boleh untuk memadamkan semua keputusan musim ini.

“Pasukan mana pula yang akan bermain tahun depan dalam Liga Juara-Juara sekiranya liga ditamatkan lebih awal? Ia sangat menarik.

Artikel Berkaitan:

“Saya percaya peminat Liverpool tidak bodoh untuk mempercayai perkara seperti ini,” katanya.

Dalam pada itu, Klopp turut percaya isu tersebut tidak akan mengganggu fokus pemainnya untuk mengharungi perlawanan akan datang selain mengharapkan pemainnya segera bangkit selepas tewas kepada Watford, baru-baru ini.

“Kekalahan tersebut sebenarnya mengurangkan sedikit tekanan pemain yang terlalu memikirkan untuk tidak kalah dalam setiap perlawanan,” katanya.