KKM sahkan bekas menteri, timbalan negatif Covid-19
PUTRAJAYA - Bekas menteri dan timbalannya yang sebelum ini dikhuatiri dijangkiti wabak Covid-19, disahkan negatif.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter KKM sebentar tadi.
Menurutnya, hasil ujian makmal dilakukan di Hospital Sungai Buloh mendapati kedua-duanya adalah negatif.
"Susulan dua individu kenamaan yang dikaitkan dengan pesakit, kes ke-26, hasil ujian makmal negatif," katanya.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan siasatan terhadap kedua-dua individu tersebut selepas dikaitkan dengan seorang ahli Lembaga Pengarah UDA Holding yang positif wabak berkenaan Sabtu lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Ahli Lembaga Pengarah UDA disahkan positif: UDA Holdings
'Saya sihat, alhamdulillah', kata bekas menteri
Terkini: Susulan dua individu kenamaan yang dikaitkan dengan pesakit #COVID19 kes ke-26.
Hasil ujian makmal yang dilakukan di Hospital Sg Buloh mendapati kedua-duanya adalah NEGATIF. - Ketua Pengarah Kesihatan, @DGHisham— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 2, 2020
Kes Covid-19 di Pulau Pinang menurun
Perak rekod 1,089 kes Covid-19 dalam tempoh dua minggu
Empat kes Covid-19 dikesan di PPS Johor
Covid-19: Pemakaian pelitup muka masih digalakkan di sekolah
Kedai serbaneka jual gula 10 sen diambil tindakan
Lapan kenderaan terlibat kemalangan
Remaja yatim piatu terlantar sejak lapan bulan lalu
Ahmad Zahid selar gelar kepimpinan UMNO sebagai ‘biawak hidup’