Suami, isteri dihalau keluar rumah pusaka diselamatkan MAIM

Pasangan suami isteri (tengah) disantuni Skuad Agihan Zakat MAIM.
Pasangan suami isteri (tengah) disantuni Skuad Agihan Zakat MAIM.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Kesengsaraan sepasang suami isteri yang menumpang teduh di sebuah pondok buruk mendapat perhatian Skuad Agihan Zakat (SAZ) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Pasangan suami isteri berusia 57 tahun itu sebelum ini mendiami rumah pusaka keluarganya tetapi didakwa dihalau sebelum tinggal di pondok usang tersebut sejak dua minggu lalu.

Setiausaha MAIM Azman Aziz berkata, mereka terpaksa tinggal di pondok yang tiada bekalan elektrik dan air selain menumpang mandi di stesen minyak, masjid dan hospital berdekatan.

Pondok usang yang terbiar dan didiami pasangan suami isteri sejak dua minggu lalu sebelum diselamatkan Skuad Agihan Zakat MAIM.
Pondok usang yang terbiar dan didiami pasangan suami isteri sejak dua minggu lalu sebelum diselamatkan Skuad Agihan Zakat MAIM.

"Kita menyelamatkan pasangan itu melalui bantuan orang awam yang memaklumkan kepada MAIM.

"Semakan juga mendapati mereka penerima bantuan bulanan MAIM sejak 2010," katanya.

Menurutnya, MAIM sudah menguruskan bilik sewa untuk mereka selain menyalurkan bantuan segera.

Artikel Berkaitan: