Hakim Besar Sabah, Sarawak ke-10 lapor diri

Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang ke-10, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim ketika sidang media selepas melapor diri di pejabatnya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini. -Foto Bernama
Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang ke-10, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim ketika sidang media selepas melapor diri di pejabatnya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang ke-10, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim melapor diri di pejabatnya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini, hari ini.

Pelantikan Hakim berusia 60 tahun itu berkuat kuasa pada 20 Februari lepas bagi menggantikan Tan Sri David Wong Dak Wah yang bersara pada 19 Februari.

Sebelum ini, pada 25 Februari lepas, Abang Iskandar telah mengangkat sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Datuk Nurchaya Arshad pada satu majlis yang berlangsung di Istana Kehakiman dengan disaksikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.

Bercakap kepada pemberita selepas melapor diri di pejabatnya, Abang Iskandar berkata, beliau akan meneruskan semua perkara yang telah dilakukan oleh Wong sebelum ini.

“Seperti yang kita tahu Mahkamah Kota Kinabalu telah mempertingkatkan sistem teknologi maklumat (ICT) iaitu dengan melaksanakan Aplikasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

“Oleh itu, mempertingkatkan penggunaan ICT adalah perkara yang saya perlu tekankan, selain mempertingkatkan perkara lain yang mana ia perlu diperkasakan,” katanya.

Anak kelahiran Sibu, Sarawak ini memulakan kerjayanya dalam bidang undang-undang pada 1983 sebagai seorang majistret di Mahkamah Majistret Miri di Sarawak dan telah memegang pelbagai jawatan seperti Hakim Mahkamah Sesyen dan Peguam Kanan Persekutuan. - Bernama

Artikel Berkaitan: