Amerika Syarikat catat kes kematian kedua

No Image Caption
A
A
A

MOSCOW - Amerika Syarikat mencatatkan kes kematian kedua akibat jangkitan koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik.

Perkembangan terbaru itu diumumkan pihak berkuasa kesihatan awam Seattle dan daerah King pada Ahad.

Kematian terbaru itu dilaporkan pada Sabtu membabitkan seorang lelaki berusia lingkungan 70 tahun. Kes kematian pertama melibatkan lelaki berusia lingkungan 50 tahun.

"Dengan empat hasil ujian, keseluruhan jumlah kes disahkan di daerah King ialah 10," kata pihak berkuasa kesihatan itu dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: AS catat kematian pertama Covid-19

Menurut kenyataan itu lagi, semua kes baharu dan dua kematian itu dilaporkan di kemudahan Evergreen Health di Kirkland.- Bernama

Artikel Berkaitan: