Lelaki 26 tahun alami strok selepas urut leher

Lelaki di China alami strok selepas melakukan urutan di leher. Agensi
Lelaki di China alami strok selepas melakukan urutan di leher. Agensi
A
A
A

BEIJING - Seorang pengatur cara muda berusia 26 tahun dari Changsha, Hunan, China hampir lumpuh kekal selepas mengalami strok akibat urutan leher yang kuat.

Xiao Zhang (bukan nama sebenar), yang sering mengalami sakit leher selepas bekerja berjam-jam di meja pejabatnya dan memutuskan untuk mencuba urutan tradisional di sebuah pusat urut tempatan.

Namun, selepas urutan yang lebih kuat, Zhang merasakan lehernya terlampau sakit, diikuti dengan sakit kepala yang teruk.

Bagaimanapun, dia tidak mengendahkan simptom itu, tetapi keesokan harinya, apabila bangun dari tidur bahagian sisi kiri badannya berasa kebas, serta percakapannya yang sukar difahami.

Dia yang panik dengan keadaan itu bertindak segera ke sebuah hospital terletak di wilayah Hunan, dan didiagnosis dengan infark serebrum sekunder atau kematian tisu otak akibat kekurangan bekalan darah

Doktor yang melakukan imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) kepala dan angiografi serebrum menunjukkan bahawa Zhang mengalami "diseksi arteri karotid kanan dan infark serebrum sekunder".

"Nasib baik, dia sampai ke hospital tepat pada waktunya untuk mengelakkan kerosakan kekal. Dengan rawatan komprehensif seperti terapi antikoagulasi, peningkatan peredaran darah, dan pembersihan radikal oksigen, doktor berjaya mengurangkan kerosakan dan Zhang dalam proses pemulihan penuh," kata Dr Liu Yan dari Jabatan Neurologi.

Doktor turut memberi amaran bahawa urut leher yang tidak betul boleh memudaratkan.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, ada kes tragis seorang penyanyi muda Thailand yang dilaporkan meninggal dunia akibat cakera tulang belakang terherniasi atau slip disc akibat urutan leher yang kuat. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!