Wisma Putra sahkan JMCIM ke-14 ditangguh

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Wisma Putra, Kementerian Luar hari ini mengesahkan bahawa Mesyuarat Jawankuasa Bersama Menteri Bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) ditangguhkan.

Mesyuarat itu dijadualkan esok.

Wisma Putra dalam satu kenyataan menyebut bahawa Singapura memohon penangguhan itu menerusi nota diplomatik bertarikh 11 Januari.

Ia dilaporkan bahawa Singapura mahukan mesyuarat itu ditangguh kerana Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian didakwa telah mencerobohi ke perairan Singapura pada 9 Januari semasa lawatan ke pelabuhan Johor Bahru.

Osman menegaskan beliau tidak menceroboh ke perairan Singapura dan apa yang beliau lakukan hanyalah untuk melihat pasukan keselamatan Malaysia melaksanakan tugas mereka.

Menurut Wisma Putra, bagaimanapun, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih akan menemui rakan sejawatannya dari Singapura, Lawrence Wong dan Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishan untuk membincangkan isu hubungan dua hala yang lain.

"Ini membuktikan bahawa hubungan antara kedua-dua negara kekal kukuh. Mesyuarat itu kelak akan membentuk langkah hadapan positif yang seterusnya selepas mesyuarat dua hala yang berjaya diadakan antara Menteri-menteri Hal Ehwal Luar dari Malaysia dan Singapura pada 8 Jan,” katanya.

Menurut Wisma Putra, kedua-dua Menteri Luar itu berkomunikasi dan bersetuju bahawa kedua-dua pihak perlu kekal tenang dan tidak mensensasikan perkara berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Kementerian itu juga yakin bahawa momentum hubungan antara Malaysia dan Singapura akan diteruskan dan mengulangi bahawa komitmennya bagi mengukuhkan hubungan dua hala dengan Singapura berdasarkan persamaan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya. -Bernama