PM Israel ikrar rampas seluruh Tebing Barat

Netanyahu (kiri) dan pesaingnya, Benny Gantz dijangka masih gagal memperoleh majoriti dalam pemilihan ketiga pada kali ini. - FOTO: AFP
Netanyahu (kiri) dan pesaingnya, Benny Gantz dijangka masih gagal memperoleh majoriti dalam pemilihan ketiga pada kali ini. - FOTO: AFP
A
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini mengulangi janji kempen pada hari terakhir untuk merampas keseluruhan Tebing Barat dalam tempoh beberapa minggu jika dilantik semula menjelang pilihan raya umum ketiga yang berlangsung hari ini.

Menerusi wawancara bersama radio awam Israel, Netanyahu berkata, langkah merampas Lembah Jordan dan bahagian lain di Tebing Barat adalah antara empat misi segera utama beliau.

“Ia akan berlaku dalam tempoh beberapa minggu atau paling lama dua bulan. Jawatankuasa pemetaan Amerika Syarikat-Israel telah bermula sejak seminggu lalu,” ujarnya kira-kira 24 jam sebelum pusat pengundian dibuka.

Pemimpin haluan kanan itu turut menyenaraikan keutamaan lain seperti perjanjian pertahanan bersejarah dengan sekutu rapatnya, Washington dan menghapuskan ancaman Iran tanpa memberi butiran jelas tentang rancangan tersebut.

Sebelum ini, Netanyahu telah berulang kali berjanji untuk menghalang Teheran membangunkan senjata nuklear dan tidak menolak penggunaan kekerasan.

Pemimpin yang bakal dibicarakan atas tuduhan rasuah pada 17 Mac depan itu juga dengan angkuh menyatakan empat misi segera beliau itu akan menjadi pembaharuan utama ekonomi untuk mengurangkan kos hidup yang tinggi di Israel. - Agensi

Artikel Berkaitan: